|
|
| Wednesday, 26-Mar-2008 10:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Terakhir
|
|
Assalammu'alaikkum Wr.Wb......
Setelah sekian lama di temani anda dalam dunia masakan....terlalu banyak kenangan manis yang dapat di kongsi bersama. Banyak ilmu yang di pelajari bersama.
Dan pada hari-hari yang selalu di lalui..tidak semua apa yang kita ingin akan dapat di penuhi seperti yang kita mahukan. Namun begitu terlalu banyak yang ingin di perkatakan.
Bersama anda-anda yang sering memberi kata-kata perangsang, mengongsi kegemaran. Yang tiada jemu-jemu berkunjung ke fotopages ini.
Ribuan terimakasih serta ribuan maaf yang ishzah pinta....oleh kerana Ishzah fotopages terpaksa berundur pergi. Jika selama ini ada kata-kata yang di tintakan menyinggung hati dan perasaan. Ishzah mohon ampun dan maaf, sesungguhnya kesilapan itu sering berlaku tanpa kita sedari.
Yang baik itu datang daripada-Nya...Yang segala kekurangan serta kelemahan itu datangnya dari pada diri saya sendiri.
Sebagai peringatan bersama, terimalah titipan terakhir yang sudah biasa kita baca dan kita lihat tapi jarang sekali kita hayati dalam kehidupan kita.
Ingat akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang lain
Kaya sebelum Miskin
Muda sebelum Tua
Lapang sebelum Sempit
Sihat sebelum Sakit
Hidup sebelum Mati...
Jaga diri, jangan mudah terleka dengan ragam dunia.
Jaga hubungan kita dengan Allah kerana Dialah yang menguasai segalanya.
Jaga hubungan kita sesama manusia agar tidak menyakiti antara satu sama lain.
Semoga kita semua berjaya berhijrah menjadi insan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah S.W.T.
Jadilah..
Yang tebal itu iman,
Yang nipis itu lidah,
Yang tajam itu akal,
Yang lembut itu hati,
Yang ringan itu solat,
Yang halus itu suara,
Yang luas itu ilmu
Dan Yang manis itu kenangan...
Dunia hanya persinggahan sementara, akhirat jua yang kekal abadi.
Dari itu, saya tidak akan membuat anda ternanti-nanti update-update seterusnya....
Dari itu,
Dengan rasa dukacita saya ingin mengisthiyarkan bahawasanya my fotopage is officially closed.
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Feb-2008 13:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Only For You!
|
|
It's All For You!!!
Thanks to Inawhiz for sharing the recipe.!
Actually, terlalu banyak resipi Apple Carrot Cake boleh di dapati di online ini, namun hati tetap terpaut akan feedback serta gambar-gambar yang di snap...pastinya ia menunjukkan betapa moist kek jenis ini. Lalu mengambil kata putus mencuba membuatnya. Allahamdulillah ianya tidak menghampakan.
Ini adalah resipi yang telah di alih bahasakan dalam bahasa melayu (ada sedikit penambahan yang telah di buat)
Ingredients:
1 cawan tepung gandum
1 s/teh baking powder
1 s/teh serbuk kayu manis
1/2 s/teh garam halus
*Satukan bahan di atas lalu di ayak
3 butir telur
1 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan minyak canola
1 s/teh vanilla esen
1 1/2 cawan lobak merah - di parut
1 cawan apple merah yang di buang kulit lalu di parut - titiskan beberapa titik jus lemon pada parutan aplle bagi mengelakkan ia menjadi warna kecoklatan.
1/2 cawan kacang walnut - bakar terlebih dahulu lalu cincang kasar-kasar
1/2 cawan kismis
1 s/teh perisa orange (orange paste)
Directions:
1. Pukul telur dan gula. Masukkan minyak, esen vanilla dan orang paste Pukul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bahan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
3. Bila tepung da sebati, masukkan pula lobak merah, apple merah dan kismis. Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula.
4. Masukkan ke dalam cawan kertas jika suka, lalu bakarlah kek pada suhu 170c selama 25 minit(bergantung pada ketuhar anda)atau sehingga masak.
Simpan semalaman dalam suhu bilik membuatkan kek ini bertambah moist! Sedap!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jan-2008 07:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pulut Kuning Penyeri Majlis
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Dec-2007 23:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bingkisan Hati
|
 |
|
Chocolates Fruit Cakes
|
|
 |
|
Chocolates Fruit Cakes
|
|
 |
|
Chocolates Fruit Cakes
|
|
|
Assalammu'alaikkum Wr.Wb________
Salam manis untuk anda pengunjung fp yang semakin usang ini. Terimakasih atas kunjungan serta komen yang tak putus-putus di beri. Allahamdulillah di panjatkan rasa syukur kerana di beri kita keafiatan yang baik untuk kita bertemu di sini untuk sekali lagi. Insya'Allah,moga kita semua hidup dalam dakapan kesejahteraan serta di payungi rahmat dari-Nya selalu. Amin.
Memandangkan Idul Adha menjelang tiba....ezah ingin sekali mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf...bagi kata-kata yang tidak terjaga, bagi janji-janji yang mungkin ada di mungkiri. Ezah dengan rasa rendah hati minta di maafkan jika ada berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan hati sepanjang bersama di fp ini.
Dari itu dengan akhir kata untuk kali ini.....
Iza bawa sedikit manisan buat anda menatapnya...
Salam di hulur...maaf di pinta
Sempena Idul Adha menjelang tiba
Jaga kesihatan jiwa dan raga
Insya'Allah di lanjutkan usia di lain masa kita berjumpa.
Salam Idul Adha Buat Anda!
Wassalam______________________
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Oct-2007 21:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam AidilFitri
|
|
Assalammualaikkum Wr.Wb...
"Selamat Hari Raya Maaf Dzahir Bathin Dari Iza & Keluarga"
[b]Simply CupCakes
 
Chocolates Raisin Brownies
Lastly..again just for you...Salam AidilFitri Buat Anda!
Semoga AidilFitri Anda Ceria Dan Membahagiakan!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Sep-2007 08:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Iftar Hari Ke - 7
|
 |
|
Jangan di sentuh selalu bimbang memungkinkan ianya menjadi masam
|
|
 |
|
Hati-hati bila menggoreng..pastikan minyak betul panas
|
|
 |
|
Lupa! Sebelum tu salutkan bebola kentang ke dalam telur
|
| | View all 9 photos... |
|
Assalammua'alaikkum...
Ezah datang lagiiiiiii.......... jangan terkejut jika tiba-tiba anda lihat fotopages ini berupdate kembali. Anda tidak pernah ezah lupa..cuma kekadang masa memang tidak menyebelahi kita.
Mana boleh ezah lupa.....tahun lepas ramadhan beginilah kita sering bertukar resipi..mencari idea nak masak apa di bulan ramadhan. Kekadang di mana kita kehilangan idea nak masak apa.
Di sini kita sering berkumpul walau dalam berlainan waktu...sehingga penghujung ramadhan dan permulaan syawal hingga seterusnya.
Kini ku kembali bagi 'merajin'kan diri kembali...sedaya boleh..yang tak boleh tu...jangan makan lebih-lebih...
Semoga Ramadhan ini memberi kita peluang untuk beribadah dan di samping memperatkan lagi ukhwah. Insya'Allah.
Jom tengok ezah masak apa semalam......
Sup Bebola Kentang ~ Kalau anda penggemar rasa kentang dan sup, mungkin hidangan seperti ini yang paling anda gemari. Kentang yang di rebus, lalu di lecek hingga halus dan di taburi dengan isi ayam atau daging cincang cukup memikat rasa bagi penggemarnya.
Aroma sup yang menyegarkan pasti membangkitkan selera anda setelah seharian berpuasa. Anda boleh juga menambah sedikit bi hun jika suka dan taburkan dengan taugeh,sedikit isi ayam atau hirisan daging. Jangan lupa daun saderi, bawang goreng serta sambal kicap chili padi yang menyengat dan perahan limau nipis/sambal.
Makanan sup panas ini pastinya membakar kehangatan tubuh anda hingga mengeluarkan keringat. Sekali lagi bagi anda yang mungkin menggemari makanan jenis ini...anda harus cuba dan hidangkan la buat keluarga anda di rumah.
Anda hendak cuba membuatnya?
Bebola Kentang
Bahan-Bahan
8 biji ubi kentang - kupas kulit lalu rebus dengan sedikit garam hingga empuk
2 tangkai daun saderi - hiris halus
250 gm daging cincang - jika nak guna isi ayam yang di cincang pun boleh.
1 s/teh serbuk lada hitam
1 s/mkn rempah kari daging
Garam - secukup rasa
1 s/mkn tepung jagung
1 s/teh bawang putih kisar
1 s/teh halia kisar
1 labu besar bawang besar - cincang
5 butir telur - di kocok
Minyak makan - secukupnya
Cara Membuatnya:
Lumurkan lada hitam dan sedikit garam pada daging cincang. Perap sebentar.
Pijarkan kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. Tumis bawang besar dan bahan kisar. serta rempah kari.
Tumis hingga garing dan naik baunya. Lalu masukkan daging cincang yang di perap tadi.
Gaul daging hingga keluar airnya dan agak kering. Lalu angkat dan ketepikan.
Ubi kentang yang telah di lecek ketika panas di campurkan dengan sedikit tepung jagung.
Masukkan daging cincang tadi dan daun saderi. Gaul hingga semuanya sekata.
Siapkan dulang yang di lapik plastik bersih untuk meletakkan bebola kentang ini.
Ambil segenggam penuh ubi kentang dan kepal hingga menjadi satu bebola kentang yang besar.
Buat begitu hingga habis. Bila sudah selesai, siapkan mangkuk yang melengkong agak dalam.
Ini bagi memudahkan bebola kentang di celup sepenuhnya ke dalam telur.
Kocok telur dengan sedikit garam, lalu celupkan bebola kentang dengan hati-hati.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, lalu sekali lagi letakkan bebola kentang ini dengan hati-hati ke dalam minyak panas.
Pastikan minyak benar-benar dalam suhu panas sebelum anda menggorengnya.
Bila agak kekuningan angkat dan toskan.
Tips:
Bebola kentang seelok-eloknya bila anda sudah siap mengepalnya dan meletakkannya ke dalam dulang, biarkan di situ sehingga anda ingin menggorengnya.
Jangan selalu di sentuh kerana ia boleh merosakkan atau memasamkan rasa kentang itu sendiri. Sebaik-baiknya demi kebersihan gunakan sarung tangan bila anda menyentuhnya.
Untuk Sup
Bahan - Bahan
250 gm isi daging atau tulang ayam
Air - secukupnya ikut anggaran anda melembutkan daging dan membuat kuahnya.
2 cm Lengkuas - bersihkan dan ketuk
2 batang Serai - bersihkan dan ketuk
5 helai daun limau
Garam - secukup rasa
** Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk lalu rebuslah daging hingga lembut bagi mendapatkan pati air daging.
Bila daging da lembut. Perlahankan api dan biarkan dahulu.
Bahan Kisar
1 labu bawang besar - kisar
1 s/mkn halia kisar
1 s/mkn bawang putih kisar
2 biji buah keras - rendam terlebih dahulu dan kisar
1 s/mkn serbuk ketumbar
1 s/mkn serbuk lada hitam
2 s/mkn kicap manis
Garam - secukup rasa
Minyak untuk menumis
Limau nipis atau Limau sambal - secukupnya
Bawang Goreng - secukupnya
2 tangkai daun saderi - hiris halus
Taugeh - di celur dan di toskan
Hiris daging - secukupnya
Sambal Kicap Chili Padi.
Bi Hun - di celur hingga lembut - yang ini jika anda suka.
Cara Membuatnya
Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan naik baunya.
Masukkan serbuk ketumbar dan garam. Bila da garing, masuk bahan tumis ke dalam periuk yang berisi air daging.
Kacau sekali sekala kemudian masukkan kicap.
Rasa apa yang kurang boleh la di tambah. Padamkan api.
Dalam satu mangkuk, letakkan sedikit bi hun (jika suka), kemudian di ikuti pula dengan bebeola kentang dan taugeh.
Sendukkan sup daging ke dalamnya, lalu taburkan pula hirisan daging, daun saderi, bawang goreng, sambal chili padi dan limau sambal atau limau nipis yang di belah dua.
Siap untuk di makan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Sep-2007 08:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Iftar Hari - 4
|
|
Assalammualaikkum...
Allahamdulillah....Insya'Allah...kita akan masuk hari ke - 5 di bulan Ramadhan ini. Bagaimana kesihatan anda? Semoga anda terus dalam keadaan yang menyihatkan. Insya'Allah.
Bila menyentuh bab puasa..adakalanya kita tidak bagai tidak boleh di pisahkan dengan kesibukkan di dapur dalam menghidang makanan untuk beriftar.
So untuk puasa hari ke-empat, ezah memenuhi permintaan keluarga yang ingin makan roti kirai.
Roti Kirai/Renjis/Jala ~ ezah percaya ianya agak biasa di kalangan kita dalam membuatnya. Di cicah pula dengan gulai ayam. Memang sedap..lelagi kalau gulai ayam di masak dan di simpan semalaman. Kalau ada salad double sedaplah jawabnya!Two thumbs up!
Gulai Kari Ayam
Bahan-Bahan
1 ekor ayam - potong kecil,bersihkan dan ketepikan
3 biji kentang yg sederhana besar - belah 4
2 biji tomato - belah 2
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
1 s/mkn bawang putih kisar
1 s/mkn halia kisar
10 tangkai lada kering - kalau nak lebih boleh di tambah
2 sudu besar rempah kari daging atau secukupnya.
1 s/mkn lada hitam - optional bagi yg tak nak pedas
Secukup air asam
Secukup air
Secukup santan kelapa
Garam - secukup rasa
1 s/mkn gula pasir - optional
Bahan yg perlu di tumis
Setangkai daun kari
1 biji bawang besar - hiris
1 btg kayu manis
1 keping bunga lawang
2 biji pelaga
2 batang serai - titik (nak kisar sekalipun boleh)
Secukup minyak utk menumis
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan bahan-bahan yg perlu di tumis terlebih dahulu.
Sampai bawang dan serai layu dan bau harum.
Lalu masukkan bahan-bahan yg telah di kisar.Tumis hingga wangi dan garing.Masukkan lada hitam.
Masukkan sedikit garam di ikuti pula dengan kentang.Gaul rata.
Biar kentang empuk setengah masak lalu masukkan ayam.
Dalam satu mangkuk lain masukkan santan,air yg telah di sukat mengikut kepekatan sendiri.
Masukkan sedikit asam jawa. Bila ayam hampir empuk tuangkan santan serta air asam. Gaul rata.
Rasa apa yg kurang bolehlah di tambah.Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang benar-benar sudah masak.
Akhir sekali masukkan tomato. Bila nak hidang taburkan sedikit bawang goreng. ke atasnya.
Tips:
Sebaik-baiknya bila membuat kuah kari ayam biar air santan sama paras atau lebih sedikit dari ayam. Maksudnya agak - agak menenggelamkan ayam dan kentangnya..
Usah terlalu cair, nanti kurang sedap.kalau nak buat cicah roti kirai..sebaiknya buat sehari sebelumnya. Kuahnya akan lebih pekat dan rempahnya sudah sebati.
So, apalagi...da lama dgcam ezah tak berfungsi untuk snap gambar makanan...klik sana klik sini
Untuk anda...jangan tengok sahaja..meh la singsih baju tangan, cuci tangan dan kita jamu selera....oops! lepas iftar nanti......
ROTI JALA /RENJIS/KIRAI
Bahan-Bahan
400g tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
Air putih - secukupnya mengikut kepekatan yang anda inginkan
1 s/teh garam
2 s/mkn gula
Sedikit pewarna kuning
Minyak makan - secukupnya
3 helai daun pandan - buat berus minyak makan di kuali
Cara Menyediakannya:
Bancuh semua bahan di dalam mangkuk besar.
Gaul hingga rata lalu masukkan adunan ke dalam blender, kisar seketika dan tapis.
Panaskan kuali, griskan dengan sedikit minyak makan dengan simpulan ikatan daun pandan.
Kemudian di kirai di kuali yang leper.
Setelah bahagiannya masak angkat.
Setiap dua keping roti jala yang sudah masak di lipat menjadi bentuk tiga segi atau digulung sahaja.
Buatlah begitu hingga adunan habis.
Roti kirai sedap di makan bersama gulai daging atau ayam dan salad timun.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Sep-2007 08:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Iftar Hari - 3
|
|
Assalammu'alaikkum...
Allahamdulillah, sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Bagaimana kesihatan anda? Semoga kalian dalam dakapan kesejahteraan dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh kerahmatan ini. Sejak berpuasa baru hari ini ezah berkesempatan untuk ke dapur. Dan memandangkan bulan ramadhan tahun ini ezah agak free, so bolehlah ezah luangkan sedikit masa di sini. Apa yang ezah nak share is just a simple menu. Ezah rasa anda semua mungkin biasa melakukannya.....apa kata cuba tengok apa yang ezah hidangkan untuk iftar sebentar tadi.
Kalau beriftar memang macam biasa...suka makan yang simple-simple Seperti biasa gak...ezah masih belum mampu menelan nasi sewaktu masa berbuka.
Apatah lagi ikan..sama sekali ezah tak boleh makan ikan..tak tahu kenapa. Tapi sambal ikan bilis yang macam dalam gambar tu...sedap pulak bila di goreng garing-garing. Yang itu makan pulak..heran..heran....
Isk...tak lengkap hidangan ezah tanpa ayam goreng Mesti nak ada ayam....my no.1 all time favourite!
So...what else??
Eh! da siap untuk di makan........yuk! jemput makan.....
Anda tahu apa hidangan ezah kali ini...nak kata prata bukan prata...so apa dia ekk?
Yes! Very simple ...."Lempeng Kelapa"...cicahlah dengan sambal ikan bilis kemudian curahkan dengan kuah gulai...jangan lupa ayam gorengnya!
Resipi
Lempeng Kelapa
Bahan-Bahan
300 gm tepung gandum
250 gm kelapa parut putih
1 s/teh garam
2 s/teh gula pasir
Air putih - secukupnya
Sedikit minyak makan - untuk di oles di kuali
Cara menyediakan:
Satukan kesemuanya di dalam mangkuk besar. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi seperti adunan lempeng. Bila da siap, ketepikan . Panaskan kuali non-stick. Oles sedikit minyak. Lalu ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali dan geserkan seperti anda membuat lempeng biasa. Biarkan berapa minit hingga lempeng berwarna kecoklatan sedikit. Lalu terbalikkan.
Bila da masak..letakkan ke dalam piring. Hidangkan la bersama sambal ikan bilis dan kuah gulai.
Mudah bukan..
Selamat Mencuba Dan Selamat Meneruskan Ibadah Puasa....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Sep-2007 10:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ramadhan Al Mubaraq
|
 |
|
Salam Ramadhan
|
|
|
Assallammualaikkum Wr.Wb...
Masa berlalu sangat pantas meninggalkan kita sehingga tidak terasa kita sudah di ambang Ramadhan...
Buat anda teman-teman moga terus dalam dakapan keafiatan semasa menjalani ibadah puasa ini.
Sesungguhnya bulan ramadhan bulan ibadah bulan kerahmatan..dan keampunan. Dari itu ezah ingin mengambil kesempatan di bulan yang suci ini.....
" Mata kadang salah melihat...
Jejari kadang salah menaip kata-kata..
Sehingga menyebab terguris rasa..
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesalahan yang pasti ada..."
Marhaban Ya Ramadhan - Selamat Datang Bulan Ramadhan
Do'a Malaikat Jibril adalah sbb:
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
- Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah
dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.
Tanpa Disadari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,
11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,
11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,
Saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
Saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
Saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
Saatnya memahami makna pensucian diri
Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah
Amin...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Jul-2007 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Makan - Makan Lagi!
|
 |
|
Manggo Lassi Shake
|
|
 |
|
My Talam Keladi
|
|
 |
|
Chicken Steak With Orange Sauce
|
|
|
Allahamdulillah.....
Minggu-minggu yang rajin sekali aku berada di dapur...semalam hari ahad...seharian aku berada di dapur bagi memenuhi selera keluargaku....kali ini tiada nasi untuk hidangan...kami menukar selera kepada makanan western food..iaitu Steak Ayam!
Brown Sauce ~ Aku buat dua jenis sos..satu di antaranya ialah brown sos...yang lagi satu adalah orange sauce...untuk brown sos sebenarnya aku ikut salah satu resipi dari internet yang di beri oleh 'chef popular'...tapi pada awal nak mengikut resipinya ini...sebenarnya aku sangat keberatan sangatlah...bukan apa...pertama da banyak resipi yg dia beri tapi tastenya menghampakan sama sekali...taktau dengan selera orang lain..apa yg di katakan sedap. Tapi aku nak cuba juga bab buat sos ini...so sekali lagi resipi yg dia beri dengan rasanya tak sesuai sama sekali..sebab brown sos aku jadi masam!! My boss kata pun masam...padahal ikut resipi yang di beri! So aku cekalkan hati..takmo rasa hampa..aku tambah itu dan ini! Kesimpulannya......kalau nak beri resipi biar telus! So in future, aku da tau nak buat mcm mana...dan jika nanti aku postkan resipinya...ini adalah dari citarasa yg aku sendiri ubahsuaikan.
Orange Sauce ~ Yang ini adalah hasil dari percubaanku sendiri. Rasa yang menarik...tidak memuakkan. Sesuai bagi pencinta rasa orange.
Talam Keladi ~ Salah satu kuih kegemaranku. Resipi kombinasi yang sangat menarik. Mudah membuatnya tapi awas..perhatikan sungguh-sungguh sesuatu resipi jika anda memperolehinya dari sumber internet mahupun buku kuih muih..walaupun dari seorang 'Chef popular"...kerana tak semua yg di beri itu betul! Percayakah anda..ini adalah loyang keenam aku buat....?? Kerana kelima di antara percubaan yang di buat hasilnya menghampakan. hampir give up sebenarnya..aku berhenti membuatnya untuk beberapa bulan..tapi seamalam aku kembali dengan mood nak cuba lagi..tapiii...sebelum itu..aku kombinasikan resipi yang biasa aku buat dan ianya tidak menghampakan sama sekali! Allahamdulillah! Pendek kata memasak ini mesti nak trial n error..kalau tak gitu..susah nak pandaiTapi yang sangat-sangat aku kesalkan ialah...sikap memberi resipi yang tidak telus. Hingga kini aku belum boleh menerimanya!
Mango Lassi Shake ~ Yang ini paling aku gemari...mudah membuatnya, sedap rasanya serta so coolinggg!! Insya'Allah ...anda tidak akan gagal membuatnya! Cubalah....
|
|
|
|